Kegatalan melampau

Ekzema boleh terjadi akibat interaksi antara faktor genetik dan persekitaran atau tabiat tertentu yang boleh membuatkan rasa gatal serta ruam menjadi lebih teruk.

Ia biasanya terjadi kepada individu yang mengalami asma dan alergi hidung atau mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mendapat penyakit berkenaan.

Ketiga-tiga jenis penyakit berkenaan sering dirujuk oleh doktor sebagai atopi tiga serangkai (atopic triad). Jutaan orang menderita akibat ekzema di seluruh dunia dan masalah berkenaan semakin berkembang terutama dalam kalangan masyarakat bandar.

Ekzema menyebabkan kulit menjadi merah, kering, bersisik dan sangat gatal. Paling membimbangkan apabila masalah berkenaan turut dihidapi kanak-kanak. Diang­garkan seorang daripada setiap lima kanak-kanak mengalami ekzema.

Menurut Perunding Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Leong Kin Fon, ekzema boleh dikenal pasti melalui dua ciri iaitu ruam dan kegatalan yang melampau.

“Kulit menjadi sangat kering dan mula gatal sekali gus menyebabkan keinginan untuk menggaru. Apabila menggaru, kulit akan luka dan kawasan berkenaan menjadi sasaran kepada masalah jangkitan.

“Seterusnya, ia mencetus pelepasan bahan kimia yang menyebabkan keradangan dan kulit menjadi rengsa. Akhirnya, kitaran gatal, garu, jangkitan dan keradangan yang teruk akan berlanjutan,” katanya.

Ruam ekzema datang dan pergi. Kebiasaannya, kegatalan akan dirasai terlebih dulu sebelum menyebabkan kewujudan masalah ruam.

Ia bukan hanya memberi kesan kepada kesihatan kulit pesakit tetapi turut mengganggu aktiviti harian dan menghalang mendapat tidur mencukupi pada waktu malam.

Hal ini turut menyukarkan ibu bapa pesakit kecil untuk tidur pada waktu malam kerana masalah kegatalan yang dihadapi si kecil.

“Saya selalu memberitahu pesakit kecil dan kanak-kanak lain bahawa menghidap ekzema adalah seperti berlari maraton. Anda mungkin tidak dapat mencari ubat yang berkesan dalam waktu singkat, tetapi jangan mudah putus asa.

“Teruskan usaha dan satu hari nanti, pasti akan mendapat rawatan yang berhasil untuk diri sendiri. Ini kerana tiada ‘krim ajaib’ yang boleh menyelesaikan masalah dihadapi sebaliknya rawatan kombinasi perlu dilakukan untuk mengatasi ekzema,” jelas Dr Leong.

Justeru, sangat penting untuk mendidik dan memperkasakan pesakit muda, ibu bapa atau penjaga mengenai langkah pengurusan serta penjagaan ekzema yang betul.

Rawatan kombinasi

Rawatan untuk setiap pesakit adalah berbeza dan berubah mengikut usia serta tahap serius masalah ekzema. Ekzema tidak boleh sembuh dengan sekelip mata tetapi ia boleh dikurangkan melalui rawatan dan pengurusan yang betul.

Justeru, pesakit perlu sentiasa dalam keadaan hidrat serta kerap menggunakan krim pelembap dan pengawal, ubat yang disarankan doktor serta mengelak atau menghapuskan faktor pencetus ekzema.

“Krim pelembap membekalkan kelembapan pada kulit di samping memainkan peranan penting dalam me­ngurangkan keradangan ekzema.

“Sesetengah krim pelembap mempunyai ciri khas untuk menangani ekzema di kawasan kulit yang paling gatal. Buat masa ini, krim peranti perubatan adalah ejen terkini untuk membantu menguruskan ekzema secara berkesan,” katanya.

Namun, ibu bapa atau pesakit tidak boleh hanya bergantung kepada penggunaan krim pelembap semata-mata sebaliknya mendapatkan nasihat serta kaedah rawatan kombinasi yang bersesuaian dengan keadaan pesakit.

Sementara itu, Pengurus Kawasan Terapeutik Serantau Menarini Asia Pasifik Dr Steven Januar Kusmanto berkata, krim peranti perubatan pertama seumpamanya, Atopiclair yang dikeluarkan pada 2011 diterima baik di Malaysia.

“Krim pengawal dan bebas steroid ini mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat, tidak mengandungi pewarna, pewangi, paraben dan bukan berasal daripada sumber haiwan.

“Malah, ia juga diuji secara klinikal dan sesuai untuk bayi, kanak-kanak serta pesakit dewasa yang mengalami ekzema ringan atau sederhana.

“Penggunaannya secara berkala dapat membantu menghalang bahagian kulit yang rengsa daripada terus meradang. Ini juga teknik rawatan yang lebih menjimatkan dan berkesan,” katanya.

Menurutnya, merujuk kepada satu kajian terkini yang tersiar dalam Journal of Drugs in Dermatology menunjukkan seorang pesakit dapat menjimatkan sehingga RM3,000 setiap tahun kerana kos perubatannya lebih kecil, penggunaan ubatan sedikit dan peningkatan masa produktiviti berbanding pesakit yang menggunakan pelembap konvensional.

Buku panduan pengurusan ekzema

Menyedari bebanan dihadapi pesakit, ibu bapa dan penjaga, Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM) dan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) memulakan kempen Pelan Tindakan Ekzema Saya (MyEAP) yang menjurus kepada pengurusan ekzema dalam kalangan kanak-kanak di seluruh negara sempena Bulan Kesedaran Ekzema Kebangsaan (NEZAM) tahun ini.

Menurut Presiden PDM yang juga badan pengasas NEZAM Dr Henry Foong, ‘My Eczema Action Plan: Your Step-by-Step Guide to Managing Eczema’ adalah buku panduan bergambar yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan mudah untuk difahami.

“NEZAM yakin buku panduan itu akan menjadi satu alat berkesan untuk membantu pesakit dan ibu bapa menangani ekzema secara berkesan.

“Ini kerana buku berkenaan disusun mengikut topik bagi memudahkan pesakit kecil dan ibu bapa mempelajari serta mengingati perkara penting bagi menangani ekzema,” katanya.

Dua watak kartun turut diperkenalkan iaitu Nezam sebagai kanak-kanak lelaki comel dan Claire memegang watak kanak-kanak perempuan yang cantik.

Melalui penggunaan kedua-dua watak kartun berkenaan, pesakit kecil berusia lima tahun ke bawah dapat membaca buku panduan itu dengan seronok di samping mempelajari cara menguruskan kesihatan kulit sendiri secara berkesan.

Menerusi buku panduan berkenaan, sistem lampu isyarat yang mempunyai tiga warna zon iaitu hijau, kuning dan merah diperkenalkan untuk membantu pesakit memahami setiap perkara yang perlu dilakukan mengikut tahap serius ekzema yang dihadapi.

“Ketika berada di zon hijau, kulit kelihatan sihat dan hanya terdapat kerengsaan yang ringan. Apabila pesakit berada di zon kuning, ini bermakna kulit menunjukkan perubahan yang lebih ketara atau gejala lain dan ubat perlu disapu pada bahagian kulit yang bermasalah.

“Zon merah ditentukan apabila gejala ekzema semakin meluas dan keradangan atau jangkitan kulit terjadi, pesakit perlu berjumpa doktor dengan segera,” katanya.

Menariknya, buku panduan berkenaan akan disumbangkan kepada Eczema Kidz Club HKL. Kelab berkenaan mempunyai ahli yang terdiri daripada pesakit ekzema kanak-kanak daripada Institut Pediatrik HKL.

Turut hadir pada majlis pelancaran buku panduan berkenaan, ahli panel pakar NEZAM iaitu Perunding Dermatologi HKL, Dr Sabeera Begum Kader Ibrahim dan Dr Noor Zalmy Azizan serta wakil penaja kempen.

Sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Menarini bekerjasama dengan CARiNG Pharmacy bagi mengumpul dana untuk Eczema Kidz Club.

Mulai Mei hingga September depan, sebanyak RM3 bagi setiap botol losen atau tiub krim Atopiclair yang terjual di farmasi itu akan disumbangkan kepada kelab berkenaan.

Penaja kempen berharap dapat mengumpul sumbangan sebanyak RM10,000 dalam tempoh lima bulan kempen berlangsung.

Kredit: http://www.hmetro.com.my/node/54936

Pencegahan Radang Ekzema

Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.

Ekzema Adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak. Dalam keadaan sederhana, ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah.

Perunding kanan dematologi, Dr Steven Chow, berkata di beberapa negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat kajian yang dijalankan terhadap kesan ekzema menunjukkan peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan.

“Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan, walaupun setelah dewasa. Oleh itu, ibu bapa perlu menyedari akan kepentingan penggunaan pencuci sederhana digabungkan dengan pelembap terhadap anak mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rawatan mudah dan kos efektif berguna ini akan membantu mengurangkan pengulangan keradangan,” katanya.

Pemerhatian menunjukkan permintaan bagi rawatan ekzema di Malaysia meningkat 20 peratus sejak 2001 yang mana sebahagian besarnya menjejaskan kanak-kanak.

Ekzema atopi diramalkan akan memberi kesan kepada sehingga 14 peratus kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti demam alergi dan asma. Beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes Adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.

Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.

Dr Chow berkata, kaji selidik bebas yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23 peratus daripada individu yang menghidap dermatitis atopi Tak menggunakan pelembap dan 29 peratus Tak menggunakan pencuci yang sesuai. Berdasarkan kaji selidik itu, keputusan yang sama juga dijangka berlaku di negara ini.

“Dengan mengenalpasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang Tak sesuai, Pakar keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema dalam jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, perunding dermatologi, Dr Mardziah Alias, berkata penggunaan sabun dan bahan cuci kasar Adalah penyebab biasa ekzema kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit.

“Produk pencuci yang Tak sesuai akan mengikis lapisan perlindungan semulajadi pada kulit yang sensitif. Ia mengakibatkan kitaran yang menghasilkan tindakan balas yang menyebabkan keradangan,” katanya.

Beliau berkata, menggunakan pelembap Adalah elemen yang Tak diendahkan dalam penjagaan kulit dan ia sangatlah penting bagi ibu bapa yang prihatin terhadap anak mereka yang mempunyai sejarah ekzema dalam keluarga mereka.

“Kumpulan individu ini perlu memilih pelembap yang Tak mengandungi pewangi atau bahan awet untuk menghindari sebarang iritasi kulit. Paling baik ialah krim yang mempunyai dwifungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai agen anti-keradangan untuk melegakan kulit,” katanya.

Oleh itu, katanya, dengan mengikut nasihat doktor, menggunakan produk sesuai dan mengamalkan regim penjagaan kulit yang betul, individu mungkin mampu mengawal ekzema dalam jangka masa panjang.

Kredit: http://beritamalaysia.xyz/pencegahan-radang-ekzema/

“Doktor, Tak Ada Ubat Sapuan Lain Untuk Kulit Saya?”

Itu antara keluhan dan pertanyaan yang sering diungkapkan oleh para ibu bapa, mahupun pesakit itu sendiri apabila keadaan kulit mereka masih tidak sembuh sepenuhnya dalam tempoh masa yang diharapkan. Lebih tepat lagi, ianya seringkali diutarakan oleh pesakit-pesakit kulit kronik seperti eczema ketika mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit mahupun di klinik-klinik kesihatan kerajaan yang lain. Keluhan dan keresahan yang dilemparkan ini berpunca daripada kurangnya pengetahuan mereka terhadap penyakit kulit yang dihadapi.

Perlu diingatkan bahawa penyakit kulit tersebut adalah penyakit yang senantiasa datang dan pergi. Ianya tidak akan dapat dihilangkan secara sepenuhnya tetapi boleh dikawal seperti penyakit-penyakit kronik yang lain. Ini adalah kerana punca utama penyakit tersebut adalah lebih kepada hubungkait antara faktor dalaman dan luaran, bukannya jangkitan kuman semata-mata yang boleh dihilangkan dengan rawatan antibiotik.

Penyakit atopik dermatitis (eczema) seringkali dikaitkan dengan faktor keturunan dan alahan. Ia adalah penyakit radang kulit yang menyebabkan rasa gatal yang teruk serta boleh mengganggu kualiti tidur dan kehidupan seharian. Kebiasaannya, ia mula muncul pada kanak-kanak sebelum berusia dua tahun dan seringkali menunjukkan gejala dalam bentuk ‘pasang dan surut’, iaitu ada kalanya kelihatan terkawal (remission) dan ada kalanya bertambah teruk (exacerbation). Namun, bagi tahap yang teruk, pesakit mungkin akan mengalami gejala kegatalan dan radang kulit secara berpanjangan.

Antara tanda-tanda penyakit atopik ekzema ini termasuklah keadaan kulit yang kering, merah dan kelihatan bersisik. Ianya bertambah teruk apabila digaru berulang kali. Sekiranya dibiarkan, kulit akan tercedara akibat kesan garuan yang berterusan menyebabkan kuman boleh memasuki kawasan kulit yang lebih dalam dan mengakibatkan jangkitan. Jangkitan ini sekaligus memarakkan lagi kitaran gejala atopik eczema. Tambahan pula, kawasan kulit yang cedera akibat garuan berterusan juga akan meninggalkan parut dan kulit menjadi keras, bersisik dan kering.

Radang kulit ini melibatkan kawasan kulit tertentu mengikut umur pesakit tersebut. Secara umum, atopik ekzema seringkali melibatkan kawasan muka, badan, hadapan lutut dan belakang siku atau kawasan tidak berlipat (extensor surface) di kalangan bayi. Manakala bagi kanak-kanak yang lebih berumur dan dewasa, ianya seringkali melibatkan kawasan kulit yang belipat (flexor surface) seperti belakang lutut, hadapan siku, hadapan pergelangan kaki, tengkuk dan sekitar mata.

Pesakit atopik eczema juga seringkali mengalami beberapa penyakit alahan yang lain seperti radang alahan pada mata (allergic conjunctivitis), alahan pada hidung (allergic rhinitis) dan juga penyakit asma atau lelah (bronchial asthma). Ahli keluarga terdekat juga seringkali mengalami masalah kulit atau penyakit alahan yang sama. Penyakit eczema dan alahan ini seringkali menjadi teruk apabila mereka terdedah kepada bahan-bahan yang menggalakkan pengeluaran dan pengaktifan sel-sel radang dan alahan. Sebagai contoh makanan laut, cuaca yang panas dan kering, habuk, tekanan atau kemurungan, hama mahupun akibat jangkitan kuman. Apa yang memeranjatkan adalah bahan-bahan yang terdapat dalam produk pencuci muka dan badan juga mampu meningkatkan keradangan kulit pada pesakit eczema.

Rawatan TERPENTING ekzema adalah bermula dengan penerangan dan pemberian maklumat yang tepat kepada ibu bapa dan pesakit. Mereka perlulah memahami bahawa penyakit ekzema ini adalah bersifat kronik, iaitu tidak dapat dibasmi secara menyeluruh tetapi boleh dikawal agar keadaan yang teruk dapat dikurangkan. Mereka perlu bersedia menghadapi penyakit ini untuk jangka masa yang LAMA. Biarpun ada di antara pesakit yang sembuh daripada penyakit ini ketika meningkat dewasa, namun ianya bukanlah sesuatu yang pasti dan lebih bergantung kepada individu. Justeru, para ibu bapa perlulah diberi penekanan untuk memberi sapuan ubat secara berterusan dan tidak sesekali putus asa. Sikap “doctor shopping” atau mengambil ubat-ubatan yang pelbagai hanya akan melambatkan kesan penyembuhan dan merugikan masa serta wang. Keadaan akan bertambah buruk jika kesan sampingan dari ubat-ubatan yang pelbagai pula muncul. Penerangan penting yang lain termasuklah mengenalpasti punca keadaan kulit semakin teruk dan mengelakkan diri daripada terdedah kepada bahan-bahan alahan tersebut. Elakkan memakai pakaian yang tebal dan pilihlah pakaian yang diperbuat daripada kain kapas. Penggunaan penghawa dingin ketika malam juga adalah digalakkan untuk mengekalkan suhu yang selesa ketika tidur dan dapat mengelakkan peluh.

Selain daripada itu, penjagaan kulit yang rapi perlulah dititikberatkan. Ini termasuklah sentiasa membiarkan kulit dalam keadaan lembap dan mengamalkan tabiat mandi dengan kerap. Elakkan daripada membiarkan kulit terdedah dalam keadaan panas terik untuk tempoh masa yang lama. Penggunaan krim pelembap amat membantu. Ianya boleh dijadikan sabun ketika mandi, disapu ketika rehat,ketika mempunyai masa terluang ataupun ketika dirasa kulit agak kering. Elakkan daripada memakai pelbagai jenis sabun di pasaran selain krim pelembap yang telah disarankan oleh doktor ataupun setelah mendapatkan pengesahan dari doktor berkenaan sabun yang ingin digunakan.

Sapuan krim steroid boleh dilakukan ke atas kulit yang menunjukkan tanda-tanda radang iaitu merah ataupun kawasan kulit yang mengeras, tebal atau bersisik. Penggunaan krim steroid adalah selamat. Namun, kekuatan steroid yang digunakan perlulah setara dengan keadaan radang kulit. Krim steroid yang paling rendah kekuatannya yang mampu mengurangkan radang perlulah digunakan. Elakkan daripada menggunakan krim steroid yang kuat untuk tempoh masa yang lama. Seelok-eloknya tidak melebihi tempoh masa dua minggu. Krim steroid yang kuat ini hanya boleh diberikan atas nasihat doktor pakar kulit. Perlu diingatkan bahawa penggunaan krim sederhana atau kuat perlu dielakkan pada kanak-kanak dan juga pada kawasan yang lembut dan nipis seperti kawasan kemaluan.

Selain daripada itu, jumlah sapuan krim steroid yang diperlukan sebenarnya adalah sedikit. Ianya hanya memerlukan kuantiti sebesar satu bahagian hujung jari yang perlu disapu rata dan nipis dalam bentuk bulatan. Ulangi langkah yang sama pada kawasan kulit lain yang perlu disapu. Ia perlu disapu sekali atau dua kali sehari sahaja. Para ibu bapa dan pesakit juga perlulah memahami fungsi krim steroid yang sebenar iaitu sebagai anti radang dan bukannya sebagai pelembap. Justeru, krim steroid tidak perlu disapu tebal. Untuk kesan yang lebih baik, krim steroid boleh disapu dalam tempoh 30 minit selepas sapuan krim pelembap.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik bagi pesakit yang mengalami masalah kulit yang teruk untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada klinik-klinik pakar di hospital. Ini adalah kerana jumlah isipadu krim yang besar hanya boleh didapati di klinik pakar. Manakala di klinik kesihatan, krim sapuan yang disediakan adalah dalam isipadu yang kecil dan hanya bertahan sekitar seminggu hingga ke dua minggu. Ini selalunya menjadi masalah untuk mereka yang memerlukan krim pelembap yang banyak. Di klinik pakar kulit, krim pelembap ini dapat diberikan sekitar 500 gram sebulan.

Antara rawatan-rawatan yang lain bagi ekzema termasuklah pengambilan ubat antihistamin untuk mengawal rasa gatal pada kulit. Antihistamin juga boleh diberikan terutama bagi mereka yang seringkali mengalami gangguan tidur akibat gatal yang keterlaluan. Justeru itu, kesan sampingan mengantuk daripada antihistamin sebenarnya sangat membantu pesakit ekzema untuk tidur lebih lena. Namun begitu bagi kanak-kanak, antihistamin yang tidak mengantuk (generasi kedua antihistamin) seperti loratadin perlulah diutamakan. Walaubagaimanapun, pengambilan ubat tahan gatal atau antihistamin pada kanak-kanak berusia kurang dua tahun adalah tidak dibenarkan. Rawatan lain yang perlu termasuklah penggunaan antibiotik jika terdapat tanda-tanda jangkitan kuman pada kulit. Antibiotik boleh diberikan oleh doktor untuk tempoh seminggu hingga ke sepuluh hari. Sapuan antibiotik juga boleh disapu pada kawasan jangkitan kuman selain memakan ubat antibiotik.

Justeru itu, berdasarkan penjelasan di atas, jawapan yang tepat kepada pertanyaan “Doktor, tak ada ubat sapuan lain ke?”, adalah:

“Tiada, kerana apa yang anda perlukan adalah pemahaman dan maklumat yang tepat berkenaan penyakit kulit, penyapuan ubat yang sedia ada secara berterusan, kesabaran dan masa! Sesungguhnya kami tidak ada krim ajaib!”.

Rujukan:
    Atlas of Paediatric Diseases – Dermatitis & Psoriasis 2014
    Uptodate – Atopic dermatitis
    American Family Physician – Atopic eczema
    Clinical Medicine – Kumar & Clark
    Malaysia Paediatric Protocol 3rd edition

Kredit: http://www.mmgazette.com/doktor-tak-ada-ubat-sapuan-lain-untuk-kulit-saya-dr-mohd-shaiful-ehsan/

Tiada rawatan ajaib pulihkan ekzema. Hanya perlu ilmu pengurusan ekzema yang betul

Bagai digigit nyamuk 1,000 ekor pada satu masa. Bayangkan betapa peritnya keadaan yang perlu dihadapi penghidap ekzema setiap hari.

Bukan itu sahaja, rasa gatal itu  lazimnya akan diakhiri dengan ruam merah, kulit mula menjadi berair, bengkak, berdarah, serta akhirnya menjadi kering dan bersisik sebelum kembali kepada keadaan asal jika penghidapnya mempunyai tabiat suka menggaru.

Lazimnya, tindakan menggaru sukar dikawal jika penghidap ekzema adalah bayi dan kanak-kanak, apatah lagi jika mereka ditinggalkan kepada pengasuh mahupun pusat asuhan kanak-kanak.

Keadaan ini menjadi pemangkin masalah ekzema berlaku dengan lebih buruk sehingga mengganggu rutin harian serta proses perkembangan kanak-kanak.

Ekzema kedengaran tidak berbahaya, namun penyakit yang menyebabkan kulit menjadi kemerahan, kering, bersisik dan sangat gatal, mampu mengganggu psikologi golongan kanak-kanak.

Berjuta kanak-kanak dan orang dewasa menderita akibat ekzema di seluruh dunia, namun sehingga kini tiada satu pun ubat atau rawatan ‘ajaib’ yang mampu menyembuhkan penyakit itu sepenuhnya.

Ekzema berlaku apabila kondisi kulit penghidap kering dan menjadi gatal, yang berpunca daripada faktor genetik dan persekitaran seperti habuk, makanan, bahan kimia, cuaca, tekanan, bakteria dan pencetus alahan.

Apabila berlakunya ekzema, kulit penghidap akan menjadi gatal, kemerah-merahan serta berair dan berdarah jika bayi atau kanak-kanak itu menggaru bahagian yang mudah terkena ekzema seperti di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan lutut.

Menurut Perunding Dermatologi Pediaterik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Leong Kin Fon, kanak-kanak yang menghidap ekzema sangat menderita jika ibu bapa gagal menguruskan penyakit kulit itu dengan baik.

Katanya, faktor kesibukan ibu bapa bekerja dan menyerahkan tugas menguruskan kanak-kanak ekzema menyebabkan penyakit itu bertambah buruk dan sukar dipulihkan.

“Bayi berusia dua bulan sudah boleh menghidap ekzema jika ibu bapanya memiliki masalah alahan kulit atau asma kerana penyakit kulit ini sangat berkait rapat. Jika disebabkan faktor genetik, masalah ekzema lebih mudah dikawal.

“Bagaimanapun, jika ekzema menyerang ketika bayi berusia enam bulan iaitu sewaktu mereka telah mengenal makanan pejal, ibu bapa perlu mengambil perhatian serius kerana mungkin terdapat makanan yang boleh menyebabkan ekzema menjadi semakin teruk.

“Pun begitu, sangat kecil peratusan ekzema disebabkan alahan makanan atau susu lembu, namun ibu bapa perlu mengawasi agar bayi dan kanak-kanak tersebut kurang terdedah dengan keradangan kulit yang boleh mencetuskan kegatalan,” katanya ketika merasmikan Bulan Kesedaran Ekzema Kebangsaan (Nezam) baru-baru ini.

Katanya, kesilapan utama ibu bapa dalam menguruskan anak penghidap ekzema adalah sering menganggap ekzema boleh dipulihkan dengan krim atau rawatan tertentu

“Ibu bapa perlu sedar, tiada ubat, krim atau rawatan moden atau tradisional yang mampu mengubati ekzema dengan kadar segera jika mereka tidak berusaha untuk menguruskan dengan betul dan mengikut nasihat doktor.

“Malah sikap mereka yang mahu mencari pelbagai rawatan hanya memburukkan keadaan anak-anak serta mengundang tekanan emosi mereka.

“Ekzema tidak boleh sembuh sepenuhnya tetapi boleh dikurangkan keadaannya melalui pengurusan ekzema yang betul selain pendedahan ilmu tentang penyakit kulit ini yang merangkumi pengurusan persekitaran.

“Sebab itu, saya selalu memberitahu pesakit saya terutama kanak-kanak bahawa menghidap ekzema seperti berlari marathon kerana mungkin sukar untuk menemukan ubat-ubatan yang berkesan, tetapi jangan putus asa kerana pasti suatu hari nanti dan rawatan yang berhasil,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Dr.  Kin Fon turut menjelaskan bahawa tiada risiko atau bahaya dalam penggunaan steroid bagi merawat masalah ekzema.

Jelas beliau, penggunaan jumlah steroid yang betul adalah sangat baik untuk kulit penghidap ekzema kerana mampu mengurangkan permukaan kulit yang mengalami keradangan terutama apabila permukaannya telah bengkak dan berair.

“Apa sahaja ubatan yang digunakan dengan lebih akan memberi risiko tetapi jika digunakan dengan kadar yang ditetapkan akan mambantu pesakit. Sama juga dengan penggunaan steroid dalam krim ekzema yang dapat membantu kulit penghidap menjadi lebih baik, malah tanggapan salah ibu bapa yang mendakwa penggunaan steroid akan menipis dan merosakkan kulit anak mereka adalah salah.

“Apabila anda ke hospital, doktor akan memastikan tahap ekzema anak anda dan daripada situ mereka akan menetapkan sama ada krim jenis steroid atau tidak perlu digunakan ke atas kulit anak mereka,” jelasnya yang turut menegur sesetengah ibu bapa yang menggunakan konsep ‘ekstra’ adalah lebih baik dalam penggunaan steroid.

Kredit: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/tiada-rawatan-ajaib-pulihkan-ekzema-1.86121#sthash.2bk6JtPV.i1HdrkW6.dpuf

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/tiada-rawatan-ajaib-pulihkan-ekzema-1.86121#sthash.2bk6JtPV.i1HdrkW6.dpuf

Bayi melecur alami Infected Eczema

ALOR SETAR - Bayi lapan bulan, Muhammad Nasrullah Khairul Nizam, yang sebahagian besar kulitnya kelihatan seolah-olah melecur dikenal pasti mengalami jangkitan kuman.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Ismail Abu Taat berkata, ia adalah penyakit kulit biasa bagi kanak-kanak, namun boleh melarat jika tidak dirawat segera.

“Dalam kes ini, kesan melepuh kelihatan selepas eczema terkena jangkitan kuman. Hasil pemeriksaan mendapati kesan kulit kehitaman itu bukan melecur akibat reaksi alahan ubat yang diambilnya sebelum itu,” katanya.

Menurutnya, bayi itu menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selama tiga hari dan  dibenarkan keluar wad, namun masih dalam pemantauan hospital.

“Rawatan diberi ketika dirawat di HSB dan kita akan pantau hingga pulih sepenuhnya. Mungkin proses pemulihan ambil masa satu hingga dua minggu untuk kembali seperti sedia kala,” katanya.

Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, keluarga itu boleh memohon mendapatkan laporan perubatan bayi dari Jabatan Rekod Perubatan HSB untuk mengetahui secara terperinci masalah anak mereka.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan kulit bayi sulung pasangan Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, dan Nur Shazira Mohd Salleh, 23, mengalami kemerahan dan melecur sehingga bertukar kehitaman, setelah mendapat rawatan di sebuah klinik swasta.

Berikutan itu, bayi berkenaan dirujuk ke HSB pada 25 Februari lalu dan dimasukkan ke wad selama tiga hari.

Eczema dirujuk sebagai kategori kulit yang boleh menyebabkannya menjadi bengkak, radang dan gatal yang melampau hingga menyebabkan kulit bertukar kemerahan atau melecur.

Berdasarkan statistik, dua daripada 10 penduduk di Malaysia dan 10-14 peratus kanak-kanak berumur kurang 14 tahun adalah penghidap eczema.

Antara simptom yang boleh dilihat pada penghidap eczema ialah kulit kering, kemerah-merahan dan kegatalan berterusan.

Kredit: http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/bayi-melecur-alami-infected-eczema-1.256239

Bebaskan si kecil daripada seksa ekzema

MELIHAT kegelisahan si kecil tidak boleh duduk diam kerana gatal-gatal dan ruam di badan pasti merunsingkan hati si ibu.
Tambah memilukan apabila kesan kegatalan tersebut menyebabkan kulit si kecil menggelupas dan kemerah-merahan di seluruh badan.

Situasi ini kerap dialami oleh penghidap ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Biarpun penyakit ini tidak mendatangkan bahaya dan mengancam nyawa, namun penyakit ini semakin kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan alahan serta keadaan persekitaran dan udara yang tidak bersih.

Bahkan mengikut statistik Persatuan Dermatologi, ekzema atopik merupakan penyakit yang kerap menyerang kanak-kanak di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak berbanding satu hingga tiga peratus berlaku kepada golongan dewasa.

Perkara ini diakui oleh Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon ketika ditemui sempena Kempen Kesedaran Ekzema Atopik di kalangan kanak-kanak anjuran Leo Pharma baru-baru .

Katanya, di Malaysia, penambahan kes ekzema di lihat amat membimbangkan dari masa ke semasa iaitu sebanyak 12.6 peratus.

"Keadaan ini amat membimbangkan jika dibandingkan di negara-negara lain termasuk di Indonesia hanya 3.7 peratus," katanya.

Menurut Dr. Kin Fon, keadaan itu lebih membimbangkan apabila kes melibatkan kanak-kanak yang berusia enam hingga tujuh tahun meningkat daripada 9.5 peratus kepada 12.6 peratus.

Penghidap ekzema atopik sebenarnya mempunyai paras asid gama linolenik (GLA) dalam tubuh yang lebih rendah .

Keadaan itu menyebabkan kulit menjadi gatal dan ruam di bahagian-bahagian tertentu seperti sendi, leher dan sebagainya, menyebabkan kulit menjadi kering serta kehitaman.

Kebiasaannya, kulit pesakit ekzema atopik bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal .

Tegas beliau, penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya sangat sangat sensitif dan memerlukan perhatian yang serius.

"Keadaan ini menyebabkan mereka memerlukan penjagaan yang eksklusif selain tidak boleh terdedah dengan keadaan yang berhabuk,'' ujarnya lagi.

Menurut Dr. Fon, penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa.

Selain kesan kesakitan, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosi dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.

Malah, ia juga membataskan aktiviti harian kerana pendedahan kepada cuaca panas dan terik serta perpeluhan boleh mendatangkan kerengsaan dan kegatalan kulit.

Tambahnya, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak ekzema di galakkan untuk mengguna pelempap.

"Ia bukan dapat melembutkan kulit tetapi juga membantu mengunci lembapan,'' ujarnya lagi.
Selain itu, ia juga dikatakan dapat membantu mengurangkan rekahan, kekeringan pada kulit dan meredakan kegatalan.

Dalam pada itu, pesakit ekzema tidak disarankan menggunakan sabun atau mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit.

Sebaiknya mereka disarankan menggunakan pembersih dan pelembap yang bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga pelembap terutama kulit yang kering.